Followers

Terma N Syarat Tempahan

Terma & Syarat Secret Garden Bridal House & Spa
  1.  Bayaran pendahuluan ( DEPOSIT) perlu dibuat apabila customer ingin membooking  tarikh.  Caj bayaran deposit minima RM100.00 shj.   
  2. Sekiranya bayaran deposit tidak dibuat dan tempahan masih belum dapat disahkan,  pihak kami berhak untuk mengambil tempahan daripada pelanggan lain walaupun pada tarikh yang sama.  WANG PENDAHULUAN tidak akan dipulangkan sekiranya pelanggan membatalkan tempahan atas sebab-sebab pelanggan sendiri disaat-saat akhir. (tempoh 2 minggu sebelum tarikh majlis) 
  3. Baki pembayaran perlu dijelaskan  SEMINGGU sebelum tarikh majlis atau pada hari sehari sebelum majlis berlansung.
  4. Sekiranya pihak pelanggan terpaksa menukarkan tarikh majlis (tempahan perkhidmatan ) pihak kami hanya membenarkan penukaran tarikh sebanyak 2 kali sahaja dan sekiranya penukaran tarikh tersebut telah penuh maka TIADA PULANGAN WANG PENDAHULUAN. 
  5.  Setiap sebut harga (quotation) yang kami tawarkan atau keluarkan kepada setiap pelangan hanya layak untuk tempahan dalam tempoh 3 bulan sahaja.
  6. Sekiranya ia telah melebihi waktu yang telah dinyatakan,secara automatik ia akan terbatal.Caj tambahan pengangkutan,penginapan(jika perlu)  akan dikenakan kepada pelanggan yang membuat tempatan diluar kawasan Pulau Pinang. (Caj ikut pada harga tol,bahan api & hotel).
  7. Pembayaran deposit boleh dibuat menerusi akaun Ambank Current Account.No akaun akan diberikan selepas anda bersetuju untuk membuat tempahan bersama dengan pihak Secret Garden Bridal House & Spa 
  8. Pihak pelanggan perlulah memberikan butiran pembayaran seperti (tarikh bayaran / waktu bayaran / lokasi bayaran @ cara bayaran / jumlah bayaran & no resit )sebagai bukti pembayaran anda.
  9. Sekiranya ada kerosakan yang didapati pada peralatan yang disewa, pihak kami akan mengenakan caj ganti rugi ikut pada jenis kerosakan.Pihak pelanggan perlu menyerahkan baju yang disewa dalam tempoh SEMINGGU selepas majlis berlangsung. Jika ada pelanggan lain ingin menyewa, pihak kami berhak untuk mendapatkan barang tersebut secepat mungkin.
  10. Sekiranya pelanggan ingin menyewa peralatan perkahwinan, deposit akan diambil bergantung pada jenis barang yang ingin disewa.Jika pelanggan menghantar semula barangan tersebut, bayaran deposit akan dipulangkan  semula dan hanya caj sewa sahaja akan dikenakan.Pelanggan perlu mematuhi dan memahami bersetuju dengan terma & syarat yang diberikan. 
  11. Pihak kami akan berhak untuk mengambil tindakan sekiranya pihak pelanggan tidak mengikuti terma & syarat yang telah ditetapkan.